Saturday, August 6, 2011

Pesanan Allah buat kita ~



Berkali-kali Allah berpesan kpd pd hamba-hambanya didlm Al-Quran..
Berkali-kali Allah menegaskan bahawa Al-Quran ini BENAR dan YAKINIlah ia...

"Dan ini sesungguhnya Al-Quran yg sangat mulia...Kitab yang terpelihara di Lauh Mahfuz...Tidak ada yang menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.Diturunkan dr Tuhan sekalian alam. Apakah kamu menganggap REMEH berita (Al-Quran) ini..??"

Allah berdialog dgn kita melalui Al-Quran..Allah bertanya kpd kita melalui Al-Quran...tidak kah kita merasakan nya..??

Allah bertanya lg kpd kita didlm Al-Quran....

"Maka adakah kamu perhatikan tntg benih manusia yg kamu pancarkan..Kamukah yang ,menciptakannya ataukah Kami yang menciptakannya..??" 
(Surah AL-Waqiah:58-59)

"Dan sungguh kamu telah tahu penciptaan pertama, tetapi mengapa kamu tidak mahu mengambil pengajaran??"..(Surah Al-Waqiah:62)


Sungguh !! Maha Suci Allah yng berbicara dgn kita melalui AL-Quran...tetapi hnya sedikit dr kita yg memahami...

Allah berpesan lg didalam Al-Quran....

"Ketahuilah,sesungguhnya kkehidupan dunia itu hanyalah senda gurauan,perhiasan, dan saling berbngga antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan spt hujan yg tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian, tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan diakhirat nanti ada AZAB yang keras dan AMPUNAN Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah PALSU semata2" (Surah Al-Hadid:20)

Sungguh cintanyaa ALLAH kpd kita hambaNya....Berapa banyak pesan yg Allah pesankan buat kita...Nabi Muhammad s.w.t juga meninggalkan kita 2 buah bnda berharga yakni AL-QURAN dan HADIS2 baginda...buat menyelamatkan kita di dunia MODEN kini...

Sungguh !!..Allah sedang menguji kita dgn keGHAIBan Nya..Kita tidak dapat melihat alam GHAIB..malah kita tidak pernah melihat Nabi..Tetapi tahukah kita bahawasanya..Nabi Muhammad s.w.t terlalu mencintai kita..umatnya AKHIR ZAMAN..Biarpun tubuh BAGINDA telah disemadikan..tetapi ROH baginda..PERJUANGAN Baginda tetap mekarrr di hati kita... SUBHANALLAH !!..

" Dia mengetahui yang GHAIB tetapi tidak memperlihatkan kepada sesiapa pun ttg GHAIB itu. Kecuali kpd Rasul yang diredhaiNya maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (Malaikat) didpn dan dibelakangnya" 
(Surah Al-Jin: 26-27)

SubhanaAllah..
Alhamdulillah..
Walailahaillah...
Allahu Akbar..!!

Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN vs BOLA

 
10 hari pertama posa(PUSINGAN KELAYAKKAN): sume pasukan bertanding=ramai org yg berebut2 ke masjid sampai nk roboh masjid..

10 hari dtgh posa (SEMI FINAL): hnya beberapa pasukan yg menang yg masuk= saff di masjid mulai berkurang,ramai org yg kalah dgn hawa nfsu...

10 mlm terakhir posa (Pusingan akhir): hnya 2 pasukan yg bertnding= hnya beberapa org je tinggal yg telah betol2 terpilih oleh Allah utk istiqamah di masjid..
maka...kita...dimana..​??

Wednesday, August 3, 2011

LailatulQadar..Malam Seribu Bulan

ANTARA HADIS2 BERKENAAN : MALAM SERIBU BULAN...





Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim




Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

مَنْ كَانَ مُتَحَرِّيْهَا، فَلْيَتَحَرِّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ
“Siapa paun mengintainya maka hendaklah mengntainya pada malam ke dua puluh tujuh.” (HR. Ahmad dari Ibnu ‘Umar)

أخْبَرَنَا رسول الله صلى الله عليه و سلم عن لَيْلَةِ الْقَدْرِقال : هي في رمضان في العشر الأواخر ، في إحدى و عشرين أو ثلاث و عشرين أو خمس و عشرين أو سبع و عشرين أو تسع و عشرين أو في آخِرِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ
“Rasulullah SAW telah memberitakan kepadaku tentang Lailatul Qadar. Beliau bersabda: “Lailatul Qadar terjadi pada Ramadhan; dalam sepuluh hari terakhir. Malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh, dua puluh sembilan atau ,malam terakhir.”

Keutamaan lailatul qadar

Keutamaan utama hari-hari terakhir Ramadan ini berputar sekitar pemburuan mendapatkan keutamaan lailatul qadar.Satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah SWT yang ‘haram’ dilepaskan.Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.

Benarlah pesan Rasulullah SAW bahawa, “Sesiapa yang diharamkan mendapat kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah diharamkan. (daripada mendapat segala kebaikan)”.

Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.
Dengan beramal-ibadah pada malam ini barulah boleh kita menyaingi kuantiti ibadah umat-umat yang dikurniakan umur yang jauh lebih panjang. Harus diinsafi bahawa sebagai suatu urusan ibadah, kelebihan utama lailatul qadar bukan terbatas kepada sifir 1,000 bulan yang begitu sinonim dengan malam tersebut.
Dalam mana-mana urusan ibadah nilai utama sesuatu amalan tetap tergantung kepada rahmat dan kasih Tuhan yang menjadi tumpuan sesuatu amalan tersebut. Oleh itu memburu lailatul qadar bukan bererti kita sekadar mengejar gandaan seribu bulan itu tetapi yang lebih penting, berusaha mencarinya bererti kita bersungguh-sungguh untuk menyambut dan meraikan suatu bukti kasih dan rahmat Allah SWT kepada kita.

Mendapatkan lailatul qadar 

Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, lailatul qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha.Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah SAW sendiri dan para ulama pewaris Baginda SAW tentang mengenalpasti malam lailatul qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.Akhirnya, bolehlah disimpulkan bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah lebih cerah bagi mereka yang menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadan.Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya lailatul qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya.Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, lailatul qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.Walaupun sebahagian ulama berpandangan bahawa kelebihan lailatul qadar dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.

Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto’ misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)”.

JOM CARI...Harus Kuat !! Yukk !!..=)

RamaDhan...HadiRmu meneNangKan kaMi....

SalaM kwn2...lama nmpaknya Yuni x menulis di ruangan blog nie..alhamdulillah..ada sedikit kesempatan hari ini..maka nakkk sgt2 yuni berkongsi ngn korg sume tntg satu bulan yg sdg kita semua lalui tika ini...yakni Bulan RAMADHAN...

Sebelum kita selusuri kata2 Nabi kita Muhammad s.w.t berkenaan dgn bulan ini apa kata kita fahamkan dulu mkna disebalik apa yg kita wajib lakukan pd bulan ini iaitu BERPUASA ...=)

Puasa : Menahan / Menahan diri dr melakukan perlakuan yg haram dilakukan yg boleh membatalkan puasa..

Tetapi !! 

Makna sebenar bulan mulia nie x perlu kt lihat dr mkna dr segi bahasanya..tetapi lihatlah dr segi penghayatan nya..Bila tiba je bulan Ramadhan..sume org sibuk...!!.Kalu dulu sibuk dgn KERJA..sekarang sibuk g masjid wat ibadat...sgt kagum melihat panorama itu...


Kalu dulu jalan nmpak sume org pgg buku je.....Tetapi skrg...buku masih dipgg tp ditambah pula dgn Al-Quran..MasyaAllah...hebat...sebak hati tgk....T_T


PUASA ITU SATU PROSES LATIHAN


Allah berfirman :

"Sesungguhnya nafsu itu amat mengajak kepada kejahatan" 
(Surah Yusuf 12:53)

Allah telah pun mngingatkn kita dlm Al-Quran ttg bahayanya nafsu..lbh hebat dr godaan syaitan..banyak peringatan demi peeringatan yg Allah sudah pun sampaikan pada kita..Hanya terserah pd kita utk memahami ataupun mengingkari...

Jibril datang bilamana ketika itu Nabi sedang naik ke mimbar.sedang naik...tiba2 nabi menyebut "aminn" sebnyak tiga kali..Maka slesai khutbah..para sahabt pun bertnya nabi kenapa mengucapkan amin sbyk tiga kali..maka jawab Baginda :

"Sangat kecewa dan rugilah bagi :

(1) Org yg disebutkan nama Muhammad,tidak dibacakan selawat keatsnya..(2) Org yg smpat hidup bersama org tuanya,tetapi x dpt masuk syurga...(3) Org yg hidup dlm bulan Ramadhan,,tetapi tak terampun dosa2nya...."

Ermmm...

Dimana letaknya diri kita??

Adakah amalan2 yg kita lakukan ketika Ramadhan ini mampu menutup atau menganti dosa2 kita yg lalu...??

Renung-renungkan.........:)